Minum di Orange Cafe, I-City Shah Alam

Entry ini adalah sambungan dari story kami ke I-City Shah Alam semalam. Cerita tentang cafe ini tidak dimasukkan kerana memberi peluang untuk menampal lebih banyak gambar tentang I-City. Ini kerana sekiranya gambar dimuatnaik terlalu banyak, muka utama blog akan memamparkan 3 atau 4 post sahaja. Perkara ini masih tidak dikenalpasti kenapa berlaku?

Kami singgah di Orange Cafe ini untuk minum-minum sambil menunggu hari bertambah gelap. Lagipun kaki telah terasa lenguh apabila berjalan mengelilingi taman cahaya tersebut.

Apa yang menarik mengenai Orange Cafe ini ialah design moden yang menggunakan tema buah oren menjadikan cafe ini kelihatan eklusif. Makanan yang disediakan ialah makanan barat.

Harga? Berpatutan tepati lebih tinggi dari kedai mamak.. huhuhu Soft drink - RM3 setin, Air botol buah - RM5, French fries - RM5.90, Ice Cream - RM 2 per cup. Harga tersebut berdasarkan kami minum malam tersebut.

Di kawasan I-City terdapat beberapa cafe dan restoran yang berhampiran. Malah, lori makanan segera turut disediakan di kawasan tersebut seperti pizza dan ice blanded.

Kalau boleh bawa makanan sendiri dan berkelah di I-City okey tak? huhuhuu


Galeri gambar:

Previous
Next Post »