04 July 2010

Makan malam di Restoran Kunyah, Wangsa Walk Mall

Semalam, kami ke Restoran Kunyah yang terlepas berhampiran dengan TGV Wangsa Walk Mall di tingkat 1. Kami tertarikh dengan banner nasi beriani yang dipaparkan dan teringin untuk mencubanya.

Mulanya ingin mencuba beriani udang tetapi telah habis dan hanya tinggal beriani ayam sahaja. Pesanan lain yang dibuat ialah spageti dan meat ball.

Konsep restoran Kunyah aku tidak beberapa pasti kerana makanan yang disediakan agak bercampur. Makanan moden ada dan tradisional pun ada. Malah, restoran Kunyah turut menjual pelbagai jenis biskut di restorannya. Disediakan ruangan dimana memaparkan pelbagai jenis biskut untuk dijual dengan harga berpatutan.

Dari segi design kedai, memang terserah konsep moden restoran ini. Tempat restoran ini juga strategik kerana berdekatan dengan TGV yang mana adalah kawasan tumpuan. Restoran Kunyah mungkin boleh meletakkan lebih banyak iklan-iklan untuk menarik pelawat lalu lalang di situ.

Malam tersebut, Azfar dan Azwar mendapat ais krim yang ditaja oleh owner restoran tersebut. Terima kasih diucapkan.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon