Makan malam di Pasar Filipina, Sabah

Setelah kembali dari Ranau, kami bersiap-siap untuk makan malam. Kami ke Pusat Bandar Kota Kinabalu untuk menjamu selera. Pada malam tersebut kami bebas untuk makan di mana-mana. Oleh itu, kami memilih gerai di belakang Pasar Filipina yang menjual pelbagai jenis makanan termasuk ikan bakar.

Ikan bakar yang dipaparkan terdiri dari pelbagai jenis dan saiz. Harga mengikut saiz dan jenis. Kebiasaan jika bersaiz besar, harga dalam likungan RM30 seekor dan jika kecil ialah RM 8. Sekiranya ingin mencuba lobster, harga dalam likungan RM 50 - RM 80 seekor mengikut saiz.

Malam tersebut kami memilih seekor ikan, ketam, sotong dan udang untuk makan berempat. Namun begitu, agak kering makanan kami malam tersebut kerana tiada kuah. Namun begitu, kami puas meratah lauk makanan tersebut.

Selesai menjamu selera, kami sempat singgah ke Pasar Filipina yang terdapat beberapa buah kedai masih dibuka. Kebanyakkan kedai telah ditutup pada waktu malam.

Galeri gambar:
Previous
Next Post »