Lawatan ke Tagal Sg Moroli, Ranau, Sabah

Selesai dari lawatan ke sekolah, kami meneruskan perjalanan ke Tagal Sg. Moroli, Ranau yang mana satu perusahaan kampung yang berasaskan ikan untuk tujuan mengurut badan.

Kebiasan di Kuala Lumpur, 'fish massage' terdapat dalam kolam dan ikan adalah bersaiz kecil tetapi di sini, ikan urut tersebut bersaiz besar dan terdiri dari pelbagai jenis. Apa yang menarik, ikan ini hidup bebas di teluk tersebut tanpa perlu dijaring atau dipagar. Mereka setia di situ walaupun dimusim banjir.

Semasa sampai di situ, kami diberi taklimat oleh pengasas tempat tersebut dan dihidangkan dengan tayangan video bagaimana perusahaan ini dilakukan. Setelah diberi taklimat, kami beransur ke sungai tersebut.

Di situ, pengunjung boleh memilih untuk membuat urutan kaki sahaja atau keseluruhan badan. Jika ingin membuat urutan badan, perlu bersalin kerana keseruhan badan perlu dimasukkan ke dalam air.

Bayaran untuk urutan kaki ialah RM 5 dan untuk seluruh badan RM 10 dikenakan. Kebiasaan kos sewaan kenderaan dari Kota Kinabalu ke tempat tersebut ialah RM 150 untuk sebuah kenderaan. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Ranau ialah memakan masa 3 jam. Sekiranya anda telah sampai ke kaki gunung Kinabalu, boleh juga terus singgah ke tempat ini.

Pengalaman aku tentang mengurus kaki dengan ikan ini adalah sesuatu yang baru. Sebelum ini tidak pernah mencubanya walaupun banyak terdapat di pasar raya ibu kota. Semasa memasukkan kaki di sungai tersebut, terdapat berpuluh-puluh ikan datang menghampiri kaki anda. Jika anda membawa makanan, lebih banyak ikan tersebut menghampiri anda. Terdapat ikan yang menggigit kaki anda dan ikan jenis "lapam" agak geli dan sakit.

Setelah setengah jam berada di sini, kami meneruskan perjalanan pulang ke penginapan kami.

Galeri gambar:


Ikuti perjalanan di Sabah dalam entry seterusnya..
Previous
Next Post »