Kedai makan pelihara kucing

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua.

Apa pendapat anda tentang kedai makan atau restoran yang membiarkan kucing berkeliaran? Sejak-sejak ini, aku agak sensetif sedikit apabila melihat terdapat kucing yang berkeliharan bawah meja, atas kerusi dan lain-lain dalam restoran.

Aku bukan benci kucing malah sangat suka kepada kucing tetapi ia berkaitan dengan kebersihan. Seperti sedia maklum, bulu kucing boleh berterbangan ke mana-mana sahaja. Sekiranya kucing yang kurang penjagaan, bulunya lagi cepat untuk gugur.

Sebelum ini aku tidak kesah sangat tetapi selepas terserempak dengan banyak bulu kucing di atas meja di sebuah warung, aku mula jadi sensetif. Warung tersebut biasa aku minum semasa di pejabat. Menang terdapat beberapa ekor kucing di warung tersebut. Kebiasaan bila waktu kami makan, kucing-kucing tersebut akan datang ke meja untuk meminta makanan (kucing: bang,, mintak ikan sket!!.. lawak jer).

Jika tidak, kelihatan kucing-kucing tersebut lepak di atas kerusi-kerusi warung tersebut. Mungkin jika tiada pengunjung, kucing tersebut boleh lepak-lepak di atas meja.

Perkara ini bukan sahaja berlaku di warung ini tetapi mungkin di warung atau restoran lain. Memang selalu terserempak dengan restoran/warung yang terdapat kucing di situ.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini?
Previous
Next Post »