25 July 2010

Jom perkena rojak dan cendol Tasik Titiwangsa


Kepada yang selalu lepak, ronda, jogging atau riadah di Tasik Titiwangsa, pasti biasa terserempak atau perkena rojak dan cendol Tasik Titiwangsa. Perniagaan yang dijalankan menggunakan van bergerak yang berada di ruang parking jalan masuk ke Tasik Titiwangsa.

Apa yang unik di warung bergerak ini, tiada meja makan disediakan. Hanya susunan kerusi untuk anda menjamu selera. Kebiasaan kerusi kedua digunakan sebagai meja atau tempat meletak cendol atau rojak. Bagi yang malas untuk turun, boleh parking berhampiran dan membuat tempahan rojak atau cendol!

Petang tadi, kami sempat singgah sebentar di Tasik Titiwangsa dan perkena rojak dan cendol. Oleh kerana hari hujan, kami terpaksa belasah rojak dan cendol tersebut dalam kereta. Harga untuk rojak dan cendol ialah RM 5 sahaja.

Kepada yang belum mencuba, jom singgah ke Tasik Titiwangsa..
Malam buka ke tidak?

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon