Jadual iklan Nuffnang mengganas!

Setelah penyelidikan dibuat selama sebulan [cam hebat jer], akhirnya Sop mendapat gambaran jadual bagi waktu-waktu iklan Nuffnang akan mengganas. Jadual ini hanya berdasarkan kajian Sop menggunakan kaedah pemerhatian.

Bagi yang mendapat Buffered Earning (BE), waktu iklan tidak tertakluk kepada jadual ini. Itu adalah kelebihan BE yang mana iklan akan sentiasa keluar apabila cukup traffic. Oleh sebab itu juga para blogger sangat-sangat teringinkan mendapat BE (terutamanya Sop).

Oleh itu, para blogger yang tidak mendapat BE, gunakan jadual ini sepenuhnya dengan mengejar traffic pada waktu berikut:

  • 12.00 pagi - 1.00 pagi [adalah masa yang terbaik kerana iklan Nuffnang sangat meriah]
  • 3.00 pagi - 4.00 pagi [iklan kurang sedikit berbanding jam 12.00 pagi]
  • 12.00 petang - 1.00 petang [iklan juga meriah tetapi tidak semeriah waktu malam]
  • 3.00 petang - 4.00 petang [sama seperti waktu pagi di atas]
Kebiasaan iklan akan mengganas selama 1 jam sebelum ia kembali tidur. Namun begitu, tidak semestinya 1 jam ia keluar kerana kadang kala melebihi 1 jam dan juga kurang dari 1 jam. Biasanya waktu iklan menganas tamat apabila kebanyakkan iklan telah menyepi.

Oleh kerana mengejar waktu iklan Nuffnang menganas ini, waktu tidur Sop telah berubah. Setiap malam akan tidur selepas jam 1 pagi kerana mengejar traffic. Kesannya waktu bangun pagi sangat teruk! Terpaksa di 'back up' dengan Nescafe pahit untuk kesegaran pagi.

Adakah ia berbaloi? Harap-harap begitulah.

Sekiranya terdapat waktu-waktu lain yang anda rasakan iklan Nuffnang turut menganas, sila maklumakan diruangan komen.
Previous
Next Post »