25 July 2010

Azwar merempit di Wangsa Maju!

Pon! pon! Poon! Hati-hati, penunggang motosikal yang berbahaya telah melalui jalan-jalan utama. Pastikan anda mengelak sebelum anda dilanggar!


Ini yang terjadi apabila permainan seperti ini diletakkan di kawasan pusat membeli belah. Apabila laluan tersebut dipenuhi dengan pengunjung, kanak-kanak masih mampu bermain di sekitar kawasan tersebut. Apa yang best ialah pengunjung yang cukup sporting! Tidak pernah terdengar kata-kata yang kurang enak seperti " Apa nih main kat sini!!. atau " Oii!! buta ker!!?" Huhuhu,,

Malah pengunjung juga senttiasa mengelak dan memberi laluan kepada kanak-kanak yang sibuk bermainan dengan permainan tersebut. Mungkin ini sifat rakyat Malaysia yang cukup bertimbang rasa dan memahami.

Setiap kali menaiki permainan ini RM 3 dikenakan dan tempoh permainan ialah 2 - 3 minit sahaja. Terdapat pelbagai jenis permainan yang disediakan seperti motosikal, kereta, kuda dan gajah. Kanak-kanak sangat seronok bermain kerana ia bebas dibawa ke mana sahaja mengikut pemanduan...

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon