Aktiviti di hari minggu

Apa aktiviti anda di hari minggu?
Telah adakan perancangan?

Kebanyakkan hari minggu adalah hari untuk berehat dan menyiapkan kerja rumah seperti mengemas, membasuh, memasak dan sebagainya. Kemudian mungkin ada aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama keluarga, teman atau rakan seperti ronda-ronda, kenduri, ziarah, window shopping, menonton, bercuti dan sebagainya.

Oleh sebab itu, pada sebelah siang hari minggu, dunia blogwalking agak lengang dan hanya beberapa orang sahaja yang aktif. Mungkin mereka tiada aktiviti atau hanya berehat di rumah?

Berbeza di hari bekerja kerana aktiviti blogwalking sangat aktif bermula awal pagi, kemudian tengah hari dan petang. Mungkin sambil menyiapkan tugasan, boleh melakukan blogwalking (seperti aku..huhuhu)

Bagi aku, malam adalah sesuai untuk menjalankan blogwalking kerana ramai orang yang aktif di talian. Dalam masa ini, mudah untuk mendapat lawatan balas.

Aktiviti hari ini kami ialah menyiapkan kerja-kerja rumah dan berehat. Perancangan pada petang nanti mungkin ronda sekitar Kuala Lumpur. Teringin nak ke I-City Shah Alam, mungkin boleh singgah sebentar malam nanti?
Previous
Next Post »