Telefon Pintar - Gabungan komunikasi dan hiburan

TELEFON bimbit pintar keluaran terbaru Nokia menampilkan kelainan yang ketara daripada segi rekaan dan juga tawaran aplikasi.

Dikenali sebagai Nokia N8, model itu disempurnakan dengan pelbagai fungsi moden untuk memudahkan pengguna berhubung dan berhibur.

Antara aplikasi unik gajet telekomunikasi itu adalah capaian laman web rangkaian sosial, perkhidmatan televisyen web dan program Ovi Store.

Fungsi multimedianya pula dilengkapi kamera 12 megapiksel dengan lensa Carl Zeiss dan lampu flash xenon.
Kelebihan turut ditampilkan pada fungsi rakaman video berdefinisi tinggi (HD).

Pengguna juga boleh menjalankan proses mengedit video menerusi perisian intuitif khas binaan dalam.
Dari segi fungsi audio, model itu menyokong kualiti bunyi Dolby Digital Plus jika disambung kepada sistem teater rumah.
Bagi capaian rangkaian sosial, pengguna boleh mengemaskini status, berkongsi lokasi dan foto, integrasi kalendar serta mendapat maklumat terkini menerusi akses mudah kepada Facebook dan Twitter.

Selain itu, model berkenaan turut dilengkapi aplikasi Ovi Maps global dengan tawaran fungsi peta navigasi pemanduan di 70 buah negara di seluruh dunia.

Menerusi platform Symbian 3 edisi terbaru, ia menambahkan lagi kuasa pacuan telefon bimbit itu terutama pada fungsi multi sentuhan serta skrol dan pemfokusan menggunakan jari.

Paparan antara muka penggunanya pula disempurnakan melalui pembinaan grafik dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) serta dilengkapi kadar respons sentuhan yang sangat cepat.

Nokia N8 dijangka memasuki pasaran Malaysia menjelang suku tahun ketiga tahun ini. Maklumat dan spesifikasi lengkap mengenainya boleh diperolehi menerusi laman webwww.nokia.com.

Dipetik dari: utusan.com.my

Komen aku: bila boleh pakai blackberry atau iPhone ni!!..huhuhuh
Previous
Next Post »