Peraduan Teka dan Menang - Jam Berapa?



Malam tadi baru sampai ke rumah setelah selesai menghadiri kenduri di Kedah yang perjalanan kami bermula dari hari Jumaat. Ikuti perjalanan kami dalam ruangan blog yang menceritakan perjalanan bermula dari Kuala Lumpur hingga ke Kedah dan kembali ke rumah. Keputusan peraduan Teka dan Menang - Siapa Artis Ini? pun lewat disiarkan. Mohon maaf kepada semua peserta. 


Peraduan Teka dan Menang minggu ini diteruskan lagi dengan meneka waktu di atas.


Untuk makluman, perjalanan pulang kami bermula pada jam 10.30 pagi dari Pulau Pinang dan singgah di beberapa tempat. Antara tempat persinggahan ialah hentian rehat lebuh raya dan Taman Tema, Bukit Merah Lake Town Resort.


Peraduan kali ini memerlukan anda meneka jam berapa saya tiba di rumah hari ini.


Syarat-syarat penyertaan:
  • Buat entry bertajuk "Teka dan Menang - Jam Berapa?"
  • Masukkan banner menggunakan kod di bawah:
  • Nyatakan tekaan anda di entry tersebut. Hanya 1 tekaan sahaja dibenarkan.
  • Sila tinggalkan URL entry anda diruangan komen
  • Pemenang dipilih berdasarkan tekaan paling tepat atau paling hampir tepat. Sekiranya terdapat lebih dari satu meneka dengan betul, peserta yang terawal meneka dengan betul dikira pemenang
Hadiah untuk peraduan kali ini ialah:


Selamat mencuba!
Previous
Next Post »