08 June 2010

My Water Moments

"My Water Moments" adalah saat indah dan gembira buat kami sekeluarga. Biasanya untuk mendapatkan "Ketika Bersama Air", kami perlu ke taman tema, kawasan rekreasi dan pantai-pantai. Oleh itu, setiap detik ketika bermain air akan dirakam sebagai kenang-kenangan untuk simpanan dan dikongsi dengan saudara serta teman.

Antara kenagan bersama air yang sempat dirakamkan adalah seperti berikut:


 Setelah diimbas kembali, telah banyak taman tema, tempat rekreasi dan pantai yang telah kami lawati dan bermandi manda. Namun begitu, adalah kurang gambar yang diambil pada waktu tersebut berbanding aktiviti lain. Ini kerana detik-detik tersebut tidak dapat dirakam dengan kamera digital kami. Adalah sangat merisaukan semasa membawa kamera digital tersebut ke kawasan air. Sedikit kesilapan, pasti kamera digital akan musnah dibinasa oleh sang air. Oleh itu, gambar kebanyakkan akan diambil dari jarak selamat sahaja :).

Pernah sekali kamera digital hampir rosak kerana terkena percikan air. Kamera digital tersebut tidak boleh digunakan untuk sementara waktu. Itu baru terkena percikan air, belum lagi jika terjatuh ke dalam air. Sekiranya terjatuh, pasti kamera digital tersebut akan dijadikan barangan terbuang (tidak!!).

Sekiranya aku memiliki kamera digital Sony TX5, masalah seperti ini tidak timbul. Saat-saat manis bersama air akan sentiasa dirakam dan menjadi tatapan kenangan terindah.


Sony TX5 adalah kamera digital "kalis air" yang membolehkan anda merakamkan gambar di dalam air sehingga kedalaman 3 meter. Oleh itu, saat-saat kegembiraan bersama air boleh diabadikan di dalam gambar. Pelbagai aksi menarik boleh dirakamkan dan tidak akan terlepas saat-saat istimewa tersebut.


Sony TX5 bukan sahaja hebat di air tetapi di semua keadaan. Ini kerana Sony TX5 direka bukan untuk di air tetapi kamera digital pelbagai guna. Mari terjah apa ciri-ciri yang ada pada Sony TX5 yang menjadikannya begitu istimewa:
  • 10.2 Mega Pixel T Series 4x Optical Zoom Cyber-shot (Green)
  • The compact Cyber-shot TX5 is built to be water-, shock-, dust- and temperature-proof! With features like Intelligent Sweep Panorama, Handheld Twilight and Anti-motion blur, TX5 give you the photographic power to shoot in style whenever, wherever.
  • Water-proof (up to 3 meters) 
  • Handheld Twilight 
  • Intelligent Sweep Panorama 
  • “Exmor R” CMOS Sensor 
  • BIONZ Image Processor
  • 25mm wide angle Carl Zeiss® Vario-Tessar lens

Kurang jelas dengan ciri-ciri Sony TX5? Sila layari http://www.sony.com.my/product/dsc-tx5 untuk maklumat lanjut atau kunjungi pusat jualan Sony TX5 untuk melihat lebih dekat kehebatan Sony TX5.

6 comments:

  1. sedara.... tq coz melawat blog sy dan meninggalkan jejak.... good luck utk sedara... kalo dpt kamera tuh sharelaaa yea? share photo lah.....ehehhehehe

    ReplyDelete
  2. @akuzle - sama-sama. kelau dapat kamera tu, bukan kongsi gambar jer, akuzle nak pinjam pun boleh.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Wah . . good luck yer . .

    tapi . . bezkan main air . ??

    Dengan family pulak tuh . .

    seronok !

    ReplyDelete
  4. wah sronok kalo dpt sony tuh.. good luck!

    ReplyDelete
  5. @lala lulu - mmg best main air, lagi2 bersama keluarga..
    @Momma Mia - kalau dpt Sony - lagi kerap gi main air..huhuhuhu. tq..
    @Cik Ruby - terima kasih..

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon