25 June 2010

Menyamar dan menipu di Facebook


Ini adalah cerita mengenai penipuan profil di facebook untuk tujuan menipu. Memang ramai yang tidak meletakkan gambar sebenar di profil facebook untuk mengelak dari dikenali. Tetapi ada yang meletakkan gambar yang menarik demi beberapa tujuan. Antara tujuan adalah seperti berikut:
  • menipu - dengan tujuan mendapat kewangan atau sumber lain
  • mencari network - ada yang bertujuan marketing dan mencari pasaran. membuat spam atau promosi
  • menjadi popular - untuk mendapat perhatian
  • suka-suka - hanya untuk kepuasan diri
Oleh kerana penggunaan facebook meluas ketika ini, ramai yang mula mengambil kesempatan. Ada yang bertujuan ke arah kebaikan dan ada juga sebaliknya.

Laporan Harian Metro hari ini menceritakan bagaimana lelaki ditipu oleh perempuan yang menggunakan gambar yang cantik dan seksi sedangkan orang sebenar adalah sebaliknya. Pengadu yang termakan dengan kata-kata penipu telah kehilangan sejumlah wang yang banyak. Nasib baik penipu tersebut juga perempuan! Terdapat banyak juga kes lelaki juga turut menyamar menjadi perempuan untuk tujuan tersebut.

Dulu semasa zaman chating popular, perkara ini turut terjadi. Ramai juga yang tertipu dan menjadi mangsa.

Adakah masih kurang kesedaran tentang internet oleh pengguna Malaysia?

Klik sini untuk membaca berita Cinta palsu kekasih maya oleh Harian Metro.


EmoticonEmoticon