24 June 2010

Menonton Toy Story 3

Malam tadi baru sahaja selesai menonton Toy Story 3 di TGV Cinema Wangsa Walk Mall tayangan jam 9.20 malam. Untuk makluman, TGV Wangsa Walk Mall boleh dibuat tempahan secara online. Walaupun TGV Wangsa Walk Mall tidak terlalu ramai orang untuk membeli tiket, tetapi aku masih sukakan pembelian tiket melalui online kerana tidak perlu terkejar-kejar untuk membeli tiket.

Kelebihan menonton di TGV pada hari Rabu ialah harga yang lebih murah berbanding hari biasa. Pembelian set combo melalui talian juga membolehkan anda menerima diskaun. Lebih berbaloi kan?

Kembali kepada Toy Story 3, aku amat sukakan graphic cerita ini kerana gambar dan view yang lebih jelas dan cantik berbanding sebelum ini. Jalan cerita juga menarik dan banyak unsur lawak. Walaupun cerita kartun, tetapi ia mampu memainkan emosi penonton sama ada kanak-kanak atau orang dewasa.

Terdapat budak di kerusi hadapan aku gelak terbahak-bahak menonton aksi lucu yang dipaparkan.

Namun begitu, pada malam ini, tidak ramai yang menonton kerana malam hari bekerja. Ini memberi keselesaan kepada anda.


EmoticonEmoticon