Makan malam di Heritage House, Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju

Tadi baru sahaja selesai makan malam di Heritage House, Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju yang bersebelahan dengan TGV Cinema. Perancangan awalnya ke Wangsa Walk Mall untuk menonton wayang cerita Prince of Persia malangnya tiket jam 8.00 dan 9.00 malam telah penuh. Hanya tinggal kerusi depan iaitu row A - C sahaja. Kalau menonton, pasti sakit leher kerana terpaksa mendongak!

Oleh sebab itu, perancangan menonton di batalkan. Kami juga terus membeli tiket filem tersebut pada hari Jumaat ini. TGV Cinema di Wangsa Walk Mall belum lagi boleh membuat tempahan secara 'online'.

Setelah selesai membeli tiket, kami ke Heritage House untuk makan malam. Ini adalah kali pertama kami makan di situ. Konsep restoran Heritage House ialah copitiam. Oleh itu, pilihan makanan sama dengan restoran kopitiam yang lain.

Aku telah memilih nasi kari kambing, dan isteri memilih spageti untuk berkongsi dengan anak-anak. Rasa makanan di sini boleh tahan dan tiada beza dengan restoran kopitiam yang lain. Untuk spageti, kuah agak kosong kerana tiada bahan tambahan seperti cendawan atau ayam seperti restoran lain. Manakala minuman, aku memilih kopi panas dan isteri pula tea o ais limau.

Kos untuk menu yang kami makan ialah RM 23.70 termasuk 5% service charge. Harga lebih kurang dengan restoran kopitiam yang lain.

Di kaunter bayaran ditampal sijil halal tetapi bukan dari JAKIM. Ia dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Asia. Kenapa yek?

Koleksi gambar:
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
03 June, 2010 10:15 delete

konsep nampak cam beza skit la dri kopitiam sini...makanan sedap kew? x pernah ke wangsawalk...

Reply
avatar
sop
AUTHOR
03 June, 2010 10:25 delete

@ fauzuskamaruddin - sejak Wangsa Walk Mall buka panggung TGV dan pusat bowling, jumlah pelawat sgt bertambah. Parking agak penuh tetapi murah kos parking.. Maksimum RM 5.

Makanan ada rasa.. nak kata sedap sangat tak lah sampai sedap melampau. Status makanan rate 1 (x sedap) hingga 5 (sgt sedap) = 4 la..

boleh untuk mencuba..

Reply
avatar
sop
AUTHOR
03 June, 2010 10:26 delete

Aku lebih suka kopitiam yg ada ruang untuk smoker..

Reply
avatar