Makan malam di Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju

Malam tadi, kami sekeluarga ke Restoran Ayam Penyet Ria yang terletak bersebelahan dengan Wangsa Walk Mall. Ini adalah kali pertama kami ke restoran tersebut. Sebelum ini, kami biasa makan Ayam Penyet di dalam Wangsa Walk Mall.

Konsep restoran ini sama seperti restoran Ayam Penyet yang terdapat dalam Wangsa Walk Mall dan hiasan dalaman restoran ini bercirikan kopitiam. Terdapat beberapa jenis makanan yang disediakan seperti ayam penyet, udang penyet, ikan penyet, ayam kampung bakar penyet, sup asam, satey dan lain-lain lagi.

Untuk malam ini, kami memilih ayam penyet dan udang penyet sebagai percubaan. Restoran Ayam Penyet, mestilah cuba ayam penyet, betul tak?

Secara keseluruhan, rasa ayam penyet di sini adalah sedap dan sama dengan restoran sebelum ini. Cuma masih belum dapat menandingi ayam penyet di Sarawak yang mana rasanya lebih power dan jumlah udang/ayam/nasi yang lebih banyak.

Bagi yang ingin mencuba, sila ke Restoran Ayam Penyet Ria di Wanga Maju. Ia betul-betul berada di belakang Wangsa Walk Mall. Untuk lebih mudah, sila parking di Wangsa Walk Mall kerana di depan restoran tersebut jumlah parking adalah terhad.

Kos untuk makan malam kami di restoran Ayam Penyet Ria bagi pesanan Ayam Penyet, Udang Penyet, 2 nasi putih, laici cincau dan kopi ialah RM30 termasuk cas perkhidmatan.

Koleksi gambar:
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
dannyneutron
AUTHOR
09 June, 2010 01:48 delete

ohh.aku pernh try,sedap gak

Reply
avatar
sop
AUTHOR
09 June, 2010 08:56 delete

@dannyneutron - iyer..? terima kasih kerana sudi membaca entry ini

Reply
avatar
jfook
AUTHOR
09 June, 2010 17:22 delete

I love ayam penyet!

Reply
avatar
sop
AUTHOR
09 June, 2010 22:47 delete

@jfook - i love ayam penyet too! Thanks

Reply
avatar