18 June 2010

Kenapa aku tidak berminat kemaskini blog?

Aku pernah mengalami masalah ini dan mungkin rakan-rakan bloger yang beru menceburi dalam dunia blog juga pernah mengalaminya. Tiba-tiba semangat untuk menulis blog hilang begitu sahaja, blog rasa bosan, tiada idea hendak menulis, rasa malas hendak meneruskan dalam dunia blog, pemikiran bercelaru terhadap blog dan sebagainya.


Terdapat beberapa faktor perkara ini berlaku dan diantaranya adalah seperti berikut:


  • Tersilap memilih pengkhususan (niches) yang mana kita kurang pengetahuan dalam perkara tersebut. Apabila kita kurang pengetahuan, kurang juga perkara yang ingin kita tulis. Lebih mudah memilih blog peribadi yang menceritakan tentang diri sendiri dan alam sekeliling
  • Badan penat atau lebih memberi kesan kepada idea penulisan. Sekiranya badan penat atau lebih, cukupkan berehat dan pilih waktu yang sesuai untuk menulis
  • Memiliki banyak blog pun memberi kesan kepada mood penulisan. Anda mungkin keliru atau tidak dapat fokus terhadap sesuatu blog
  • Perkhidmatan internet yang perlahan dan terputus-putus juga memberi kesan apabila ingin menulis dan memuat naik gambar. Kita akan hilang sabar dan kecewa dengan kelajuan internet sehingga rasa putus asa. Adalah penting mendapatkan broadband atau perkhidmatan yang memuaskan untuk menulis blog.
  • Tempat yang tidak sesuai juga memberi kesan untuk menulis blog. Tumpuan untuk menulis blog akan terjejas sekiranya banyak gangguan atau suasana tidak selesa. Tempat yang tidak selesa juga menjadikan badan anda penat dan sakit-sakit. Contohnya aku sukar menulis blog di kedai makan atau tempat yang ramai orang seperti kawasan awam.
  • Tiada aktivti terkini atau menarik. Seperti kata pepatah, jauh perjalanan, luas pandangan. Keluar dari rumah, bilik, pejabat, atau kawasan anda untuk melihat keadaan sekeliling. Ini penting kepada blogger peribadi. Rancang aktiviti-aktiviti di luar rutin seperti berkelah, rekreasi, melancong atau makan-makan di restoran yang belum pernah anda cuba. Pengalaman baru amat menarik untuk diceritakan.
  • Tiada pembaca atau pelawat juga memberi kesan kepada minat penulisan blog anda. Kekiranya ramai yang memberi komen atau motivasi, mungkin anda akan sentiasa bersemangat dengan penulisan anda. Untuk itu, pastikan anda juga memberi komen blog rakan dan menjemput rakan melawat blog anda.
Terdapat banyak faktor-faktor lain lagi dan ia bergantung kepada individu itu sendiri. Tips untuk memastikan anda sentiasa bersemangat menulis blog akan di kongsikan kemudian.


EmoticonEmoticon