Kami ke Padang Kota Lama, Pulau Pinang

[Blog - Perjalanan ke Kedah menghadiri kenduri]


Selepas singgah di Pasar Chowrasta, kami seterusnya ke Padang Kota lama untuk makan malam. Perjalanan ke sana juga terpusing-pusing apabila GPS sekali lagi tidak dapat menjumpai Padang Kota Lama dan akhirnya kami menggunakan kata nama yang lain.

Apabila sampai di Padang Kota Lam, orang sangat ramai bersantai di tepi tebing pantai tersebut. Agak sukar untuk mencari parking dan kami bernasib baik apabila terdapat pengunjung yang keluar.

Permandangan senja di Padang Kota Lama sangat indah dan aku sempat mengambil beberapa gambar sebagai kenangan.

Kami terus ke Komplek Makanan Medan Renong Padang Kota Lama untuk merasai keenakan Pasembur yang diakatan sangat sedap di situ. Medan makan ini terdiri dari 2 bahagian iaitu bahagian peniaga bukan Islam dan Muslim.

Kami menjamah beberapa jenis makanan termasuk pasembur. Konsep kedai makan di sini ialah 1 kerusi untuk semua kedai. Ia bermakna, anda boleh memilih dari kedai mana makanan yang anda inginkan. Apabila anda duduk, pelayan dari kedai-kedai berlainan akan datang membawa menu. Pesan makanan mengikut cita rasa anda.

Selepas makan, kami kembali ke Homestay tempat kami menginap.


Ikuti perjalanan kami ke Kedah untuk menghadiri kenduri keesokkannya..
Previous
Next Post »