29 June 2010

Homestay kami menginap di Pulau Pinang


Perjalanan ke Kedah menghadiri kenduri #2



~Hari kedua~ [26 Jun 2010] #3 ( Hari pertama - klik sini / Hari Kedua #1 - Klik sini / Hari Kedua #3 - Klik sini)


Kami telah membuat tempahan homestay di Bukit Mertajam iaitu sebuah kondominium 3 bilik. Homestay tersebut terletak di tingkat 16 dan cukup baik untuk melihat permandangan sekitar Pulau Pinang.


Kemudahan yang disediakan di homestay tersebut sangat memuaskan. Semua kelengkapan asas seperti peti ais, TV, Astro (boleh layan bola), dapur, cerek air, sterika dan lain-lain disediakan. Terdapat taman permainan di tepi rumah serta kemudahanan kolam renang. Keadaan rumah juga berkeadaan baik dan ia seperti rumah sendiri.




Untuk maklumat lanjut mengenai homestay ini, sila lawat di sini.


Untuk 2 malam, kami akan menginap di sini yang mana, esok kami akan ke kenduri di Gurun, Kedah dan selesai kami akan kembali ke sini.


Selesai proses mengangkut barangan dan membersihkan diri, kami meneruskan aktiviti kami dengan menuju ke Pulau Pinang. Tujuan kami ialah untuk menaiki feri, mendapatkan sedikit jeruk dan makan malam.


Ikuti pengalaman kami menaiki feri di post seterusnya.


EmoticonEmoticon