Check up tangan Azfar




Hari ini temujanji Azfar dengan doktor selepas seminggu jari Azfar patah. Untuk temujanji hari ini, Azfar pelu di X Ray sekali lagi untuk melihat perkembangan jari tersebut. Seperti biasa, untuk berjumpa doktor pakar tulang, terpaksa menunggu lama. Selesai x ray pada jam 5.00 petang dan dapat berjumpa doktor pada jam 7.30 malam. Aku sampai tertidur-tidur sementara menunggu giliran Azfar.

Doktor memaklumkan jari Azfar telah berada di kedudukan asal. Namun begitu, jari Azfar masih perlu dibalut dan akan memakan masa selama 4 minggu untuk sembuh sepenuhnya. Untuk hari ini, balutan Azfar diganti dengan balutan baru.

Minggu depan perlu datang lagi untuk x ray dan melihat perkembangan jari Azfar. Semoga Azfar sempat sembuh. Adalah sukar jari terbalut kerana sukar untuk makan, mandi dan sebagainya. Untuk mengelak balutan basah, tangan Azfar dibalut dengan plastik..

Galeri gambar:
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
akuzle
AUTHOR
11 June, 2010 02:10 delete

ouwh... kecian c azfar... org yg menjaga kne ati2lah... semoga cpt sembuh....

Reply
avatar
sop
AUTHOR
11 June, 2010 08:19 delete

@ akuzle - terima kasih. anak sedang membesar mmg cam ni, cam karenah ader.. jenuh dok menjerit ajer.. jangan! jangan wat tu!.
kalau akuzle tgk, letih melarang. sumer gurau senda extreem

Reply
avatar