Azfar patah jari kelinking

Semalam pada jam 2.00 petang aku mandapat panggilan yang dimaklumkan bahawa Azfar menangis-nangis kerana sakit tangan. Azfar mungkin terjaduh semasa bermain bola di rumah. pada jam 2.30 petang, aku bergegas pulang setelah mendapat kebenaran keluar pejabat.


Apabila di rumah, didapati jari tangan kanan Azfar bengkak dan tidak boleh dirapatkan. Pada pandangan aku, tangan Azfar telah terseliuh. Kami membawa Azfar ke Klinik berhampiran dan kemudiannya di rujuk ke hospital untuk rawatan lanjut. Kami memilih untuk ke hospital Gleneagles Intan, Jalan Ampang. Semasa di kaunter kecemasan, kami di minta ke bangunan sebelah untuk berjumpa doktor pakar tulang. Setelah lama menunggu (sampai aku tertidur kat sofa...huhuhuh), dapat berjumpa dengan Dr. Lim. Beliau meminta kami membuat x-ray dan perlu ke bangunan sebelah.

Setelah membuat x-ray, Dr. Lim turun untuk melihat hasil x-ray tersebut. Beliau memaklumkan jari Azwar patah dan bukan patah yang teruk. Maklum Dr. Lim lagi, jari kanak-kanak seperti dahan muda, ia tidak patah seperti orang dewasa. Oleh itu, pembedahan tidak perlu dilakukan. Beliau hanya mengikat jari tersebut supaya jari tersebut kembali asal.

Pemakaian anduh kerana Azfar asyin angkat tangan takut terkena sesuatu.

Minggu depan perlu datang kembali untuk x-ray lagi dan lihat hasil jari tersebut.

Dari jam 2.30 petang mula ke klinik dan hingga ke hospital, kami selesai pada jam 7.30 malam. Penat!!

Doakan semoga Azfar cepat sembuh yek..! Terima kasih..
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
CheQ PP JoY
AUTHOR
04 June, 2010 14:26 delete

sian kalu tgk budak2 aktif tbe2 jd senyap..xsbr nk tgk diaorg sihat balik..smoge azfar cpt smbuh..=]

Reply
avatar
sop
AUTHOR
04 June, 2010 14:52 delete

@CheQ PP JoY - terima kasih..

Reply
avatar