10 cara jadikan pelawat kepada pembaca tegar blog

Pelawat ke blog hadir dari pelbagai sumber seperti injin carian, blogwalking, rujukan kawan dan sebagainya. Tetapi pelawat hanya datang sekali sahaja. Ini adalah merugikan kerana anda perlu sentiasa mempromosi blog supaya pelawat sentiasa datang. Anda boleh menjadikan pelawat tersebut kepada pelawat tegar untuk memastikan blog anda sentiasa mendapat kunjungan.

Untuk itu,
10 cara tersebut boleh diambil perhatian:
  • Jadi diri sendiri
Adalah penting menjadi diri sendiri walaupun anda seorang yang low profile, pemarah, pelawak, pelukis, pendiam, pemalu, kecoh-kecoh atau sebagainya. Ciri-ciri anda tersendiri yang menjadikan penulisan anda menarik dan unik. Contohnya Azuan Ali, Red Mummy dan sebagainya. Mungkin anda mempunyai idola blogger tersendiri tetapi jangan menjadi seperti idola tersebut. Anda boleh jadikan cara atau teknik yang idola gunakan untuk mendapat pelawat.
  • Kaitkan dengan pengalaman pembaca
Bagaimana restoran mengekalkan pengujung? Bukan sahaja makanan tetapi pengalaman juga. Sekiranya makanan restoran tersebut sedap, tetapi perkhidmatan teruk, lambat, harga mahal dan kotor, pasti pelanggan tidak lagi hadir. Oleh itu, pastikan blog anda kemas, ringan, mudah dibaca, mengalu-alukan pelawat dan topik yang menarik.
  • Hasil penulisan kepada pembaca
Penulisan yang sentiasa dicari ialah artikel memberi kebaikan kepada pembaca. Oleh itu artikel berkaitan tips dan panduan sentiasa menjadi perhatian. Oleh itu, setiap artikel seharusnya boleh memberi maklumat, idea, panduan, hasil atau pandangan kepada pembaca. Pastikan maklumat yang dibekalkan lengkap dan berguna.
  • Tulis pada pembaca buka injin carian
Sekarang ini, banyak artikel mengenai SEO dan ia menjadikan ramai yang berlumba-lumba mendapat traffic dari injin pencarian tersebut. Antara yang melibatkan SEO ialah tajuk yang mesti mudah mendapat traffic. Biasa tips yang kita baca ialah tajuk mesti gempak untuk menarik pembaca. Adakah isinya juga gempak seperti tajuk? Penulisan perlu merujuk kepada pelawat yang akan membaca artikel anda. Cuba jadikan diri anda sebagai pelawat dan buat penilaian mengenai penulisan anda.
  • Penulisan berjadual (Consistent)
"Publish' atikel anda secara berjadual. Pembaca akan sentiasa datang ke blog anda sekiranya anda sentiasa dikemaskini dengan topik-topik baru. Sekiranya anda mempunyai jadual penulisan tertentu seperti Isnin dan Khamis, maklumkan kepada pembaca bahawa artikel akan dikeluarkan setiap hari tersebut. Sekiranya anda bercuti atau tidak dapat membuat artikel kerana urusan lain, sila maklumkan kepada pembaca. 
  • Sediakan kemudahan langganan blog
Kita dapati terdapat blog yang menyediakan ruang untuk berdaftar sebagai pembaca menggunakan feedburner atau sebagainya. Setakat ini, di Malaysia masih kurang pembaca yang berminat dengan subscribe feed ini. Namun begitu, kemudahan "follow" mempunyai kemudahan yang sama yang mana blog yang diikuti melalui "dashboard". 
  • Blog diingati
Memastikan blog anda diingati oleh pelawat dan ia boleh menarik minat pelawat untuk kembali lagi. Untuk mudah diingati, biasanya blog perlu menarik, idea yang bernas, menyediakan banyak maklumat, URL mudah atau unik dan sebagainya. Setiap blog mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu, pastikan blog anda mempunyai identiti yang menarik.
  • Berhubung dengan pelawat
Sentiasa berhubung dengan pelawat blog bukan sahaja melalui chat atau shoutbox tetapi melalui komen atau menghantar emel. Sekiranya terdapat pertanyaan, pastikan persoalan di jawab dengan segera. Beri ucapan terima kasih kepada pelawat anda. Sekiranya berkemapuan, wujudkan komuniti untuk pelawat blog anda seperti yang di lakukan oleh blog Adlin Syauki yang menggunakan istilah kodok. Belia sebagai ketua kodok dan pelawat adalah kodok-kodok.. huhuhuhu...
  • Jadi Unik
Setiap idea, penulisan, topik dan paparan mestilah unik dan lain daripada yang lain. Sekiranya anda sama seperti blogger lain, anda perlu bersaing. Berbeza sekiranya anda membawakan sesuatu yang berbeza, pelawat akan berminat dengan blog anda dan mungkin akan di cadangkan kepada rakan-rakan lain.
  • Bergembira
    Akhir sekali, bergembiralah dengan blog anda dari segi penulisan, template, idea dan ciri-ciri blog anda. Sebelum memuaskan hati orang lain, utamakan diri sendiri dahulu. Apabila anda gembira, pelawat juga merasai kegembiraan tersebut. Hati yang gembira akan melahirkan hasil yang baik dan anda akan sentiasa berminat untuk berkongsikan dengan pembaca.

    Apa yang saya sampaikan hanya pendapat dan melalui pembacaan blog lain. Sekiranya terkurang atau terlebih yang memberikan maklumat kurang tepat, sila respon dengan memberi komen di bawah.
    Previous
    Next Post »