03 May 2010

Tips meja pejabat sentiasa kemas

Minggu ini aku agak sibuk dengan tugasan pejabat sehingga tak sempat mengemas meja. Kebiasaan bila waktu balik, sempat aku mengemas sedikit sebanyak meja sambil membaca blog. Tetapi kali ini kesibukan yang terlampau memaksa aku memunggah semua fail dan kertas berkaitan di meja. Kadang-kala sampai hilang handphone aku di bawah celah-celah kertas tersebut.

Berikut beberapa tips untuk memastikan meja anda sentiasa kemas:
- pastikan anda menyediakan waktu berkemas meja seperti waktu tengah hari dan petang sebelum balik
- guna fail atau kertas satu persatu dan simpan selepas digunakan
- siapkan kerja satu persatu
- letak barang yang tidak digunakan ditempat lain seperti bawah meja
- agih kerja dengan rakan-rakan
- upah makcik cleaner kemas meja anda
- jangan buat kerja... hehehehehe

Apa-apapun, pastikan tempat kerja anda selesa. Meja kerja yang kemas dan besih menceminkan diri anda di pejabat.


EmoticonEmoticon