Tips blog: Blog Walking Traffic Percuma

Sebelum ini, aku tidak pernah menyedari tentang traffic percuma ini melalui Shoutbox (mesej ringkas). Kebiasaan artikel tentang traffic/pelawat blog biasanya datang dari komen, search injin, pengiklanan, link exchange, ping blog dan lain-lain. Rupanya mesej Shoutbox juga memberi traffic yang baik.

Ini adalah budaya baru blogger sekarang ini dimana sekiranya anda melawat blog dan kemudian tinggalkan mesej, blog anda akan dilawati oleh owner blog tersebut. Perjanjian "anda lawat saya, saya akan lawati anda" terbina dengan sendiri untuk menbentuk traffic yang baik. Semangat seperti ini harus dikekalkan antara blogger untuk memastikan manfaat dikongsi bersama.

Berdasarkan tinjauan rambang yang aku buat, didapati 80% traffic ke blog melalui Shoutbox (mesej ringkas) terutama blog-blog yang baru. Menggunakan Shoutbox (mesej ringkas) sebagai sumber traffic adalah yang terbaik. Ini kerana blog baru mungkin link belum di index oleh search engine.

Kepada blogger yang belum meletakkan Shoutbox (mesej ringkas) di blog, boleh dapatkan secara percuma di laman Shoutbox. Terdapat banyak web yang telah menyediakan Shoutbox (mesej ringkas) ini seperti http://www.shoutmix.com, http://cbox.ws.

Pastikan anda juga mengikuti budaya lawat-melawati yang telah terjadi sebelumnya. Dengan kerjasama yang ada antara blogger ini, diharap semua menerima keuntungan bersama.
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Rabia Sensei
AUTHOR
10 May, 2010 22:36 delete

Thanks for d info =)

Reply
avatar
sop
AUTHOR
10 May, 2010 23:53 delete

Sama-sama Rabia..
harap boleh diambil manfaat bersama

Reply
avatar
Mommyyus
AUTHOR
11 May, 2010 21:58 delete

yes..same2 kite up kan traffic

Reply
avatar
sop
AUTHOR
11 May, 2010 22:54 delete

jom mommyyus..
more traffic more money... hehehehe

Reply
avatar