Sukar menjaga anak yang aktif?

Kanak-kanak yang sedang meningkat umur pasti akan aktif bermula dari dapat berjalan. Sejak itu, aktiviti anak-anak akan bertambah dan lebih sukar untuk dikawal jika dibandingkan semasa bayi. Apabila dia boleh berlari, agilah ibubapa akan penat menjaganya. Kalau tak percaya, jom baca cerita tentang anak aku.

Aku ingin bercerita tentang anak aku Azwar yang semakin aktif menjadi-jadi. Dengan sifatnya yang kurang takut dengan orang sekeliling menjadikan Azwar susah hendak dikawal terutama berada di luar rumah. Apabila berpeluang lepas dari kawalan, pasti Azwar akan berlari kegembiraan.

Berbeza sedikit dengan abangnya Azfar yang lebih faham dengan arahan kerana umurnya telah 4 tahun manakala Azwar baru 3 tahun. Azfar jika diberi arahan, masih boleh diikut dan agak takut dengan orang lain. Oleh itu, apabila berjalan, ia boleh dibiarkan berjalan sendirian tanpa dipegang. Namun tidak bagi si Azwar, setiap kali terdapat perkara menarik perhatiannya, mula akan berlari tanpa menoleh ke belakang. Kadang kala terpaksa berkejaran dengan beliau.

Sekiranya anak anda berkelakuan sebegini, pastikan beliau tidak dilepas dengan sewenang-wenangnya terutama di tempat orang ramai. Dengan kes penculikan yang meningkat, kita perlu pertingkatkan perhatian kepada anak-anak.

Azwar mungkin beluam faham dengan arahan kerana masih berumur 3 tahun. Beliau tidak tahu lagi tentang bahaya atau amaran yang kami berikan. Oleh itu, didikan secara sikit demi sedikit harus diberi untuk memastikan beliau faham tentang amaran atau arahan yang diberikan.

Namun begitu, sekiranya terdapat kelapangan, kita perlu membawa anak-anak ke padang permainan, kawasan untuk bermain untuk memastikan beliau kekal aktif. Adalah baik untuk anak-anak aktif tetapi perlu terkawal. Ini untuk memastikan keselamatan anak-anak sentiasa terjamin.
Previous
Next Post »