16 May 2010

Smaland IKEA memudah ibubapa membeli belah

Sekiranya ke IKEA, anda tidak perlu risau untuk membawa anak-anak ke sana kerana anda boleh tinggalkan anak-anak di Smaland. Pusat permainan kanak-kanak yang disediakan kepada pengunjung memudahkan ibubapa membeli belah. Kanak-kanak 3 - 10 tahun boleh ditinggalkan di sini maksimum selama 1 jam. Kesempatan ini boleh diambil ibubapa untuk membeli belah sepuasnya.

Namun begitu, jumlah kanak-kanak juga ditapis iaitu sekiranya kanak-kanak jumlah terlalu ramai, perlu menunggu jam berikutnya. Pada Sabtu lepas, kami terpaksa menunggu hampir 1 jam kerana jumlah kanak-kanak terlalu ramai.

Walaupun permainan tidak terlalu banyak tetapi cukup untuk kanak-kanak bermain seketika. Antara kemudahan yang disediakan ialah ruangan menonton, kawasan bermain bola, tempat menulis dan melukis. Waktu-waktu tertentu juga diadakan acara-acara khas untuk kanak-kanak seperti persembahan, melukis bertema dan sebagainya.


EmoticonEmoticon