Review Iron Man 2

Semalam selepas kerja, kami sekeluarga ke Wangsa Walk Mall untuk menonton Iron Man 2 iaitu filem kegemaran anak aku. Kami tiba di Wangsa Walk Mall jam 8.00 malam dan apabila ke kaunter tiket, tayangan bermula jam 8.00 mlm atau 9.00 malam. Oleh kerana kami belum makan, jadi kami terpaksa mengambil tiket jam 9.00 malam.

Rumusan aku mengenai cerita ini adalah seperti berikut:
  • Cerita agak perlahan kerana aksi ironman hanya pada awal dan akhir cerita. Ditengah lebih banyak bercakap dan agak membosankan
  • Aksi robot dan teknologi agak menarik
  • Perjalanan cerita kurang terserlah. Watak Tony lebih banyak kepada tekanan emosi akibat kesan radiator
  • Kanak-kanak akan bosan kerana banyak dialog/bercakap. Azwar mula tak duduk diam sebab bosan.
  • Ironman 1 lebih best dari Ironman 2
  • Watak penjahat tidak jahat sangat
  • Kurang nilai-nilai murni yg boleh diketengahkan
Star rating bagi filem ini hanya 2 dari 5 sahaja
Previous
Next Post »