16 May 2010

Pantun Hari Guru

Selamat hari guru kepada semua guru-guru dan juga bekas guru. Pantun berikut khas ditujukan kepada guru-guru:

Peliharakan Kaki Semasa Berjalan,
Peliharakan Lidah Semasa Berkata;
Sabda Nabi Dijadikan Panduan,
Tuntutlah Ilmu Hingga Ke China.

Belayar Bernakhoda,
Berjalan Dengan Yang Tahu;
Ketika Ilmu Ditimba,
Biarlah Kita Berguru.

Teratai Melati Melur Dan Mawar,
Bunga-Bungaan Harum Dan Wangi;
Guru Laksana Pelita Pelajar,
Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.

Di Mana Ada Kemahuan,
Di Situ Ada Jalan;
Jasamu Guru Tak Akan Dilupakan,
Budimu Guru Sentiasa Dalam Ingatan.
dipetik dari: virtualfriends.net

2 comments:

  1. selamat ari guru..buat sume gru2 kat lua sane..!!

    p/s --> sakit nye pp ni dlu penah kne tmpar cikgu..hukhuk..
    hehehheeh

    ReplyDelete
  2. mesti nakal ni kena tmpar dgn guru..
    biasa guru marah nasihat sbb guru sayang pada anak murid nya

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon