11 May 2010

Kenapa aku tidak menonton Badminton Piala Uber dan Thomas?

Sekarang sedang berlangsung perlawanan Badminton Piala Uber dan seterusnya nanti Piala Thomas tetapi belum sempat lagi untuk aku menonton perlawanan tersebut di kaca televisyen. Sekarang ini sedang rancak siaran langsung yang dibawakan oleh RTM dan juga Astro. Malah di kedai mamak dan restoran diapasang pada screen besar untuk tontonan pengunjung.

Kenapa aku tidak menonton perlawanan tersebut?
Bukannya aku tidak minat dengan sukan, bukan juga aku tidak support pasukkan Malaysia tetapi TV aku telah dikuasai oleh anak-anak aku. Hanya rancangan kegemaran mereka sahaja boleh dipasang. Sebagai bapa, perlulah mengalah dengan kehendak anak sehingga aku sendiri sukar untuk menonton rancangan aku. Kadang-kadang terpaksa layan sekali rancangan kegemaran mereka seperti Astro ceria dan TVIQ.

Apa-apapun sabar jer lah yek. Kena lah baca berita sahaja untuk mendapat maklumat terkini!!!


EmoticonEmoticon