27 May 2010

Kelajuan Broadband Digi Aku

Semalam setelah secara sah menjadi pengguna DIGI, dan telah membuat ujian kelajuan di rumah. Secara keseluruhan, aku amat berpuas hati dengan prestasi DIGI. Oleh itu, hari ini perlu buat ujian kelajuan di pejabat pula kerana kebiasaannya aku menggunakan broadband di 2 tempat iaitu rumah dan juga pejabat.

Setelah mencuba di pejabat, didapati prestasi juga amat memuaskan. Apabila membuat speedtest didapati di pejabat lebih laju dari rumah. Sama seperti perkhidmatan broadband aku sebelum ini yang mana di pejabat sangat baik tetapi di rumah sangat bermasalah.

Aku juga telah cuba memuat turun fail dari rapidshare dan ia berjalan lancar. Tidak seperti broadband aku sebelum ini sangat bermasalah kerana ia berbentuk "sharing IP". Walaupun aku tidak download fail, tetapi orang lain ada download, masih aku tidak boleh download. Apabila download fail dari sharing hosting sangat bermasalah. Tetapi dengan Digi, aku tidak lagi mengalami masalah tersebut.. huhuhuhu..best!

Banyak pula aku cerita pasal Digi macam promoter pulak.. huhuuhu.. Untuk makluman, entry ini tidak ada berkaitan atau tujuan promosi Digi. Semua maklumat disampaikan adalah berdasarkan pengalaman penulis sahaja..


EmoticonEmoticon