17 May 2010

Contest buat header untuk Kaizen

Hari ini terjumpa peraduan oleh Kaizen yang sedang mencari 'header' untuk blognya. Ini kerana beliau telah menggunakan template yang baru. Pendekatanya sungguh bagus kerana menggunakan perkhidmatan blogger lain untuk membinanya melalui peraduan yang diadakan. Dengan cara ini, beliau bukan sahaja boleh mendapat 'header' yang terbaik tetapi juga 'traffic' yang baik untuk blognya. Apa yang diperlukan sedikit modal untuk penghargaan kepada pemenang. Adalah berbaloi dengan hasil dan traffic yang diterima dengan peraduan tersebut. Tahniah kepada Kaizen kerana mampu membuat peraduan ini.

Aku dalam bidang grafik tiada menerima pendedahan secara profesional langsung. Aku hanya berminat dengan grafik dan dengan aku menyertai peraduan ini, bolehlah aku mempelajari sesuatu yang baru. Sekiranya hanya untuk suka-suka tanpa arah tujuan, pembelajaran akan menjadi bosan. Dengan adanya matlamat dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur, ia memberi lebih cabaran kepada aku.


Hadiah untuk peraduan ini:

Header terbaik

( 1 set one drop perfume (set keberapa pemenang bleh pilih) dan Top Up Rm30)

Untuk referal kepada pemenang akan memenangi kupon Big Apple untuk percuma 2 minuman bagi setiap pembelian 6pc box jika disertakan dengan pic anda bersama parents anda dan Top Up Rm10

Untuk Referal terbanyak

( 1 set one drop perfume (set keberapa pemenang bleh pilih) atau Top Up Rm30)

Untuk Follower dan contestant bertuah

( Top Up RM10)

Jumlah hadiah keseluruhan yang korang akan menangi lebih kurang RM150

Tarikh tutup Contest Buat Header Untuk Kaizen ialah pada 31 Mei 2010.
Menarik tak hadiah tersebut?
Kalau anda berminat untuk menyertai peraduan ini, sila lawati blog Kaizen (klik sini)

Ini adalah hasil pertama aku untuk peraduan "Header untuk Kaizen". Mungkin selepas ini, ada beberapa edisi lain dengan menggunakan teknik lain. Boleh ker bro Kaizen?


Penyertaan kedua, harap pun diterima oleh bro Kaizen:

3 comments:

  1. @Nhidayat - Terima kasih, kalau menang, boleh kongsi, tak de masalah. Tp kalau NHIDAYAT, hantar le satu botol yek.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. haa.. diterima jangan risau... contest update hari ini.. usha2...

    ReplyDelete
  3. tq kaizen.. boleh menang ker?
    kalau x boleh, nak buat lain.. huhuhuh

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon