11 May 2010

Broadband perlu pantas untuk menulis blog

Adalah sukar untuk menulis blog apabila kelajuan broadband anda lemah. Ia memberi kesan apabila cuba membuat muat naik gambar atau fail dan juga semasa membuat blog walking. Apabila perkara ini berlaku, anda pasti mudah bosan dan tidak bersemangat kerana terpaksa menunggu lama untuk proses loading fail.

Untuk pengetahuan, kontrak U Mobile aku akan tamat pada penghujung Mei ini dan sedang membuat penilaian untuk memilih servis broadband mana? Penelitian adalah perlu untuk memastikan pilihan kali ini adalah tepat.

Untuk langganan kali ini, yang pasti aku akan menggunakan servis broadband yang tidak mengenakan kontrak dan kadar bayaran yang lebih rendah. Jumlah data limit aku tidak utamakan lagi kerana keutamaan sekarang ialah membina blog dan membaca emel. Jika sebelum ini, pemilihan servis menitik berat jumlah data limit kerana banyak membuat download fail dari internet.

Perkhidmatan broadband mana yang anda guna? Mungkin pengalaman anda boleh membatu saya membuat pilihan broadband dengan tepat dan terbaik. Terima kasih...

2 comments:

  1. memang pun... kalau xlaju susah .. + tensen..
    mia pakai streamyx kat umah...kalau tgh jln2 pkai broadband celcom...

    ReplyDelete
  2. dulu pakai gak streamyx tp susah sbb kat rumah jer..
    broadband celcom pun ok jugak kan...tp ari tu pinjam adik punyer, slow jgk

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon