Bonnet keretaku yang sepah!!

Bonnet kereta perlu digunakan sepenuhnya jika tidak rugi beli kereta yang ada bonnet. Betul tak? Oleh itu, bonnet kereta aku dijadikan tempat menyimpan barang tunggangan motor aku seperti helmet, jaket, glove. Barang lain yang tersedia ada seperti selipar, stroller anak, topi, kasut dan juga kotak perkakasan kereta.

Pernah juga aku lihat bonnet kereta kawan aku tempat menyimpan baju. Sekali lihat seumpama almari baju. Itu lagi dasyat! Beliau bekerja bahagian pengambaran drama dan filem, kadang kala terpaksa keluar selamat sebulan. Oleh itu, beliau masukkan semua baju ke dalam bonnet kereta.

Pernah juga aku lihat bonnet kerana dijadikan sebagai perpustakaan. Ini biasa dilakukan seorang guru. Bagus juga kerana bila-bila masa anda boleh membaca atau membuat rujukan.

Aku percaya, korang mesti ada kegunaan masing-masing bonnet kereta anda untuk harian biasa. Kalau balik kampung tu, mestilah digunakan sepenuhnya untuk meletak beg atau barangan untuk bawa.

Apa pula kegunaan bonnet kereta anda?

Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Bitter Sweet
AUTHOR
16 May, 2010 23:08 delete

aku pakai kenari, takde bonet..sayang sekali..tp tibai gak letak kasut kasut, minyak hitam, apa ntah lagi yg mengarut2 kat belakang tu..huhuhu

Reply
avatar
Kie-yu
AUTHOR
16 May, 2010 23:22 delete

wah~
helmet pun ada
da mcm bwk kereta racing plak
hehe..

Reply
avatar
sop
AUTHOR
17 May, 2010 00:41 delete

@ Bitter Sweet - bagus juga bonnet kecik, tak ada banyak barang disimpan. kalau besar tu, mesti lagi banyak..huhuhu..
@ Kie-yu - helmet dan jaket utk motor. blk kerja, mlm wat naik atas rumah, simpan je dlm kete.. huhuhuhu

Reply
avatar