Beli komponen PC secondhand

Tadi aku kedai yang menjual barangan secondhand bagi PC di jalan Ipoh untuk membeli Hard Disc. PC di rumah aku telah rosak dan didapati Hard Disc tidak berfungsi. Oleh kerana PC tersebut tidak terlalu baru dan terlalu lama, adalah baik membeli hard disc secondhand sahaja.

Hard disc baru sekarang telah mencapai 1TB. Bayangkan berapa banyak boleh disimpian fail?
Aku hanya mencari saiz yang sederhana kerana PC di rumah bukan untuk menyimpan data atau memasang pelbagai software. Cukup untuk dapat jalankan kerja-kerja menaip sahaja. Oleh sebab itu, aku hanya membeli HDD bersaiz 80GB sahaja. HDD SATA untuk 80GB ialah RM80 tetapi untuk 160GB hanya RM99.

Kedai tersebut bukan sahaja menjual barangan terpakai tetapi juga membeli barangan elektronik dari pelbagai jenis. Sekiranya anda ada barang yang mungkin tidak digunakan, boleh juga mendapat sedikit wang tunai.

Maklumat mengenai kedai ini boleh dilayari di sini.
Previous
Next Post »