12 May 2010

Anda peminat Adamaya?

Drama bersiri yang sedang hangat dipasaran adalah diambil dari filem ini malah turut digemari bukan sahaja kaum wanita tetapi lelaki juga (termasuk aku... hehehehe). Cerita ini menarik kerana bukan sahaja memaparkan tentang perkahwinan tanpa perasaan cinta tetapi juga scene komedi yang menjadikan cerita ini menarik.

Mungin penggemar cerita ini akan bergegas pulang apabila petang kerana tidak mahu terlepas episod ini. Cerita ini mungkin sambungan kepada filem sebelum ini kerana wujud watak-watak baru dalam drama ini.

Menarik juga watak kanak-kanak comel yang mana begitu pandai berlakon sebagai anak Adam dan Maya. Watak yang dibawa beliau juga cukup hidup seolah-olah beliau turut menghayati cerita tersebut.

Apa agaknya akhir cerita ini?
# Adakah Adam dan Maya berpisah?
# Adakah Dani akan terus mengejar Maya?
# Adakah kawan Dani akan bertemu jodoh dengan bekas isteri Dani?

Juga persoalan-persoalan lain yang membawa kepada penonton akan setia menunggu jawapan tersebut.

2 comments:

  1. da abis da citer ni.. sob sob sedih lak rasa.. rindu nk tgk sein n mia sara :P

    ReplyDelete
  2. yg penting happy ending..
    kecian plak kat dani.. dah jd giler plak dia..
    sebenarnya dani baik tp dia terlalu menyanyangi Maya.. berbeza watak dengan sara.. walaupun sayang Adam tp dalam diam sahaja..
    apa-apapun, cerita yang menarik..

    Wawa: sedih ker?

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon