30 May 2010

Adakah anda menjaga kesihatan?

Ini menjadi persoalan aku sekarang ini! Jawapannya ialah tidak!

Apabila memikirkan tentang kesihatan, pasti aku sedar kepentingan bersenam. Adalah berbeza antara kita bekerja dan bersenam kerana tugas-tugas di pejabat tidak mengeluarkan peluh langsung. Berbeza dengan pekerja yang menjalankan tugas menggunakan tenaga. Masih ingat semasa aku bekerja sementara cuti sekolah iaitu menbajak sawah. Sememangnya berpeluh habis kecuali hari hujan. Kemudian kerja sementara sebagai buruh binaan, juga berpeluh semasa membacuh simen atau mengangkat barang! Sekiranya kerja yang dilakukan mengeluarkan peluh, mungkin aku tidak terlalu risau sangat tentang kesihatan.

Tidak perihatinnya aku tentang bersenam adalah kerana sikap aku sendiri. Ada sahaja jawapan bila berkaitan dengan bersenam. Sibuk dengan tugasan lah, sibuk dengan anak lah, sibuk berjalan lah dan sebagainya. Seharusnya aku perlu pandai menguruskan waktu supaya mempunyai masa terluang untuk melakukan riadah.

Dengan persekitaran sekarang ini yang kurang baik dan sumber makanan yang kurang sihat, aku perlu bersenam untuk memastikan tahap kesihatan berada di tahap yang memuaskan. Semasa masih muda, kesihatan kurang terganggu kerana antibody masih kuat tetapi apabila umur malangkau 40 an, masa ini penyakit mula mengganas. Sekiranya belum memulakan cara hidup yang sihat, pasti agak sukar untuk melakukan selepas umur 40 an seperti bersenam, beriadah atau bersukan. Makanan juga perlu dijaga dan memastikan pemakanan yang seimbang.

Sebenarnya semua tahun tentang kesihatan, cuma masih terikut dengan cara hidup sekarang atau budaya kehidupan masyarat. Contohnya aku, walaupun tahu tentang mana yang baik dan buruk tetapi masih mengikut cara biasa. Kurang minum air kosong, merokok, makan makanan berlemak dan sebagainya.. huhuhuhu...

Agaknya bila boleh berubah?


EmoticonEmoticon