Tips penjimatan minyak motor Kawasaki ER6N

Tips ini hanya berdasarkan pengalaman sahaja.


Menggunakan motor berkuasa besar memang menyeronokkan kerana injin yang sangat berkuasa dan pemanduan yang lancar. Namun begitu, sekiranya terlalu mengikut perasaan, pasti anda perlu menyediakan belanja yang tinggi terutama penunggang yang menggunakan motor setiap hari. Kepada pemilik yang hanya menunggang untuk pengembaran atau hari minggu, ia tidak begitu memberi kesan kerana sekali sekala menunggungnya anda pasti ingin menikmati kuasanya.

Seperti aku, penunggang ER6N yang menggunakannya untuk ke tempat kerja dan perlu melalui liku-liku kesesakkan Kuala Lumpur, penjimatan minyak adalah penting untuk memastikan peruntukan minyak tidak berlebihan. Kebiasaan setiap tangki Kawasaki ER6N ialah RM 20 - 25 ringgit bergantung jumlah baki dalam tangki atau jenis minyak. Untuk pemanduan biasa seperti aku, setangki minyak boleh menampung 3 - 4 hari dan jarak pemanduan sekitar 30 - 40 KM sehari. Namun begitu, sekiranya pemanduan pemecutan, ia hanya boleh bertahan selama 2 hari sahaja.

Oleh itu, penjimatan minyak untuk pemanduan ER6N bergantung kepada bagaimana cara pemanduan anda. Sekiranya anda selalu memecut dalam ketika gear rendah, pasti minyak banyak digunakan. Untuk pemanduan jauh, anda boleh memeecut secara perlahan-lahan terutama semasa di gear 6.

Modifikasi juga mendorong kepada pertambahan penggunaan minyak seperti eksoz. Aksesori tambahan seperti kotak sisi, cermin hadapan dan pemanduan membonceng juga menambah kepada penggunaan minyak.

Oleh itu, sekiranya anda ingin mendapat penjimatan maksimum, pastikan anda tidak menggunakan motosikal anda. (lawak petang)
Previous
Next Post »