19 April 2010

Tiada idea menulis blog?

Adakah anda buntu untuk menulis blog?
Adalah perkara biasa apabila seseorang penulis blog ketandusan idea. Ia terjadi kepada semua bukan sahaja bloggers tetapi penulis, pelukis atau sesiapa sahaja terlibat dalam pengeluaran idea.

Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kehabisan idea seperti berikut:
- badan tidak sihat
- kepenatan
- rutin yang sama atau tiada perkara baru
- suasana yang tidak selesa
- tekanan
- tiada mood
- dan lain-lain lagi

Ia bergantung kepada keadaan seseorang untuk mendapat idea atau ilham untuk penulisan. Bagi penulis blog mengenai diri peribadi, ia perlu sentiasa melakukan aktiviti yang baru atau menarik untuk dilaporkan. Sekiranya perkara rutin yang dilakukan, tiada perkara menarik untuk diketengahkan anda penulis sendiri akan jemu dengan topik penulisan. Namun begitu, terdapat penulis pandai mengolah rutin untuk menjadi cerita yang lebih menarik.

Manakala penulis blog berkaitan sesuatu topik, ia perlu sentiasa mencari topik baru. Idea-idea baru perlu untuk memastikan penulisan sentiasa berlainan dan menarik. Untuk itu, penulis harus banyak membuat kajian atau bacaan untuk mendapat maklumat dan sumber.

Berikut beberapa tips yang boleh dipikirkan untuk membantu mendapat idea untuk penulisan blog:
- bersenam untuk memastikan badan sentiasa sihat dan cergas
- cari tempat yang selesa dan suasana yang segar
- merancang dan menjalankan aktiviti yang menarik dan luar rutin
- tambah ilmu pengetahuan dengan bacaan
- rujuk blog atau laman wen yang berkaitan
- sentiasa peka denga keadaan sekeliling
- pergi bercuti
- pastikan anda sentiasa rekod atau mengambil gambar aktiviti atau suasana yang menarik
- sertai peraduan penulisan kerana boleh memberi idea penulisan
- rujuk blog-blog lain

Namun begitu, setiap penulis mempunyai cara yang tersendiri untuk mendapat idea. ulasan idea anda adalah penting untuk memastikan ia disampaikan dengan cara terbaik.

Diharap post ini dapat membantu untuk anda terus mendapat idea dalam penulisan blog. Apa yang penting, kita seronok dengan penulisan blog!


EmoticonEmoticon