12 April 2010

Pengalaman menonton perlumbaan F1 Sepang

Mungkin aku agak ketinggalan kerana telah beberapa kali F1 telah diadakan di Malaysia, ini kali pertama aku ke sana. Namun begitu, aku percaya masih ramai yang seperti aku yang mungkin lebih berminat untuk menonton di rumah kerana tidak perlu bersusah payah merepuh kesesakan jalan raya, panas terik atau perlu membeli tiket.

Kenapa masih ramai yang ke Litar untuk menonton perlumbaan F1? Pada pendapat aku yang utama ke litar ialah minat tentang sukan permotoran ini. Hanya kepada yang berminat sahaja sanggup merempuh panas terik, kesesakan dan mengeluarkan belanja tiket. Faktor yang berikutnya tiket yang ditaja oleh syarikat atau rakan-rakan dan seterusnya mengikut kawan atau mencari pengalaman.

Pengalaman aku bermula dengan mendapat tiket tajaan oleh Litar Sepang. Perjalanan ke Litar Sepang memakan masa 2 jam untuk sampai ke kawasan parking. Kami mendapat tiket berada di Grandstand F iaitu yang berharga RM600. Bayangkan jika tiket tidak disponser?


Apa yang seronoknya menonton perlumbaan ini? Sebelum memasuki tempat menonton, terdapat banyak syarikat yang berkaitan membuka boot jualan atau pameran. Kami boleh melihat pelbagai pameran yang menarik. Jenteran F1 yang laju dan bunyi yang mengacam membuatkan kita teruja dengan kereta tersebut. Selain itu, terdapat penonton yang meminati sesuatu team F1 dan cuba memberi support kepada team tersebut.


Selain daripada itu, sekiranya anda tidak berminat pasti anda akan bosan dan telinga tidak akan selesa.

Berikut beberapa tips untuk menonton perlumbaan F1:
- Pastikan anda datang lebih awal dan merancang perjalanan untuk mengelakan kesesakkan. Datang awal juga memberi peluang untuk menlawat boot pameran dan jualan.
- Makan dan minum dahulu kerana harga makanan dan minuman adalah tinggi. Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan masuk. Pemeriksaan ketat semasa memasuki litar.
- Memakai pakaian sesuai untuk keselesaan seperti berkasut, T Shirt, bertopi
- Membawa atau dapatkan penutup telinga untuk kurangkan bunyi.
- Jika tidak berada di Grandstand, pastikan membawa payung kerana cuaca tidak menentu.
- Elakkan membawa kanak-kanak atau bayi kerana suasana dan bunyi kereta tidak sesuai
- Jangan merokok di kawasan orang ramai. Terdapat penonton yang tidak tahu menghormati hak orang lain dimana merokok sebebasnya di tempat menonton. Pergi lah merokok jauh dari kawasan orang ramai.


EmoticonEmoticon