Pengalaman membuat ujian lesen B Full

Pada Rabu lepas aku telah berjaya melalui ujian JPJ untuk mendapat lesen B Full. Setelah sebulan membuat latihan, akhirnya aku berjaya melepasi ujian tersebut. Seperti biasa, pada peringkat awal aku agak gementar untuk membuat ujian tersebut.

Pada asalnya, aku peserta ujian untuk sesi ke 3 iaitu jam 2.00 petang tetapi oleh kerana tugasan yang perlu aku ke Johor petang tersebut terpaksa memohon untuk ke sesi lebih awal. Dari awal pagi aku telah telah ke pusat SKEM untuk menunggu. Kebiasaan sesi ke 3 boleh dipercepatkan ke sesi ke 2. Ini kerana sesi kedua kurang peserta membuat ujian JPJ. Dan hari tersebut, hanya 4 orang sahaja yang membuat ujian lesen B Full dan semuanya sesi ke 3. Oleh itu, semasa sesi ke 2, hanya aku seorang sahaja yang membuat ujian tersebut.

Setelah lama menunggu, akhirnya giliran aku iaitu dalam jam 12.30 petang. Dengan cuaca yang panas terik dan gementar, habis berpeluh-peluh baju aku. Permulaan aku agak goyah kerana langkah pertama telah aku lupa untuk lakukan iaitu isyarat sebelum memulakan perjalanan. Aku teringat semasa membuat laluan 8. Yang lain, tiada masalah kerana semua berjalan seperti latihan.

Semasa peringkat kedua, aku perlu mengambil borang dari pegawai JPJ yang pertama untuk dibawa kepada pegawai JPJ yang kedua. Semasa di pondok pegawai JPJ yang pertama aku telah ditegur kerana membuat titian terlalu laju. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, aku memohon maaf kerana terlalu laju. Aku perlu memohon simpati dan mengakui segala kesilapan yang telah aku lakukan. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku semasa membuat lesen B2 dahulu yang mana aku tidak akui kesilapan aku dan aku gagal dalam ujian tersebut. Aku percaya, kebiasaannya pagawai JPJ suka menguji pada peserta ujian. Sekiranya kita tidak menerima teguran atau melawan, pasti akan mudah digagalkan.

Secara keseluruhan, peringkat pertama ujian aku mendapat markah penuh iaitu 20/20. Manakala ujian peringkat kedua aku mendapat markah 14/15. Secara keseluruhan, aku lulus dengan baik ujian JPJ tersebut. Dengan keputusan ini, aku telah layak menerima lesen B Full. Syukur kepada Tuhan kerana telah mempermudahkan urusan ujian JPJ tersebut.

Berikut adalah beberapa tips kepada peserta ujian JPJ lesen:
- Pastikan besedia sepenuhnya sebelum membuat ujian JPJ
- Mulakan dengan tenang dan jangan terlalu gopoh gapah
- Ingat segala panduan dan tunjuk ajar yang telah diberikan
- Sentiasa menunggu arahan daripada pegawai JPJ
- Sekiranya ditegur oleh pegawai JPJ, akur dan mengakui kesilapan. Jangan sekali-kali membantah atau meninggikan suara
- Berpakaian kemas dan sesuai
- Akhir sekali, berdoa agar kita dipermudahkan urusan dan lulus dengan baik.
Previous
Next Post »