03 April 2010

Membina blog Persatuan Penduduk Selayang Mulia

Aku sekarang sedang membantu membangunan blog Persatuan Penduduk Selayang Mulia (PPTSM). Aku telah diminta oleh setiausaha persatuan PPTSM untuk membina blog untuk kegunaan semua ahli. Ia bertujuan memberi maklumat dan laporan kepada ahli tentang perkara-perkara terkini mengenai PPTSM.

Semalam aku membuat akaun blogspot dan memilih domain iaitu http://pptsmbbs.blogspot.com. Seterusnya aku mengumpul bahan dari PPTSM untuk dimasukkan ke blog. Masih terdapat beberapa bahan yang belum diterima untuk dimasukkan ke blog. Akan dimasukkan kemudian.


Setelah hampir sehari semalam membinanya, aku agak berpuas hati dengan hasilnya. Mulanya aku agak kesukaran mendapatkan template blogspot yang bertemakan warna kuning. Untuk persatuan, ia perlu lebih kelihatan rasmi dan kemas. Oleh itu, aku perlu perlu berhati-hati memilih template supaya sesuai dengan PPTSM.

Selepas selesai membuat editing template dan memasukkan konten, ia siap sepenuhnya. Seterusnya aku perlu mengajar pihak PPTSM cara membuat post blog atau berita.

Misi berjaya!


EmoticonEmoticon