29 April 2010

Masukkan gambar dalam post blog anda

Adalah penting anda sentiasa memiliki kamera bersama anda. Paling kurang pun, kamera hanphone kerana setiap saat terdapat cerita menarik untuk dikongsikan dengan pembaca blog. Anda mungkin dapat melalui saat tersebut tetapi adalah penting untuk pembaca untuk melihat gambar.

Berdasarkan pemerhatian aku ke atas blog-blog popular, gambar menjadi paparan utama untuk dilihat oleh pembaca. Gambar-gambar menarik dengan menggunakan camera berteknologi tinggi, lagi digemari. Aku sendiri bercadang untuk mendapatkan DSLR juga suatu hari nanti.

Berdasarkan 50 Most Influential Blogs in Malaysia oleh web http://www.sabahan.com, rata-rata link yang aku lawati dipenuhi dengan post bergambar. Penerangan hanya sedikit sahaja dan berkaitan dengan gambar. Ini memberi kesedaran kepada aku untuk sentiasa membawa kamera Lumix aku. Sekarang ini, kebanyakkan gambar blog aku menggunakan kamera handphone SE aku yang hanya 3MP sahaja. Kualiti agak kurang tetapi lebih baik dari tiada. :)


Pastikan juga gambar-gambar yang diletakkan pada blog diberi sedikit penerangan ringkas gambar tersebut. Harus diingatkan juga, saiz gambar perlu dikecilkan supaya loading blog anda tidak terlalu berat.


EmoticonEmoticon