Gatsby Deodorant Street Fair sungguh happening

Semalam kami sekeluarga ke Gatsby Deodorant Street Fair yang telah diadakan di Berjaya Time Square. Jemputan rasmi oleh Nuffnang telah di terima sejak dari 2 minggu lepas. Perjalanan kami bermula jam 9.00 pagi ke Berjaya Time Square. Setibanya di sana, ramai bloggers yang tiba dan beratur untuk pendaftaran. Pendaftaran bermula pada jam 10.00 pagi. Setelah hampir setengah jam, pendaftaran akhirnya bermula.


Semasa pendaftaran, kami dibekalkan dengan satu beg yang mengandungi T Shirt untuk dipakai semasa Street Fair tersebut. Selesai memakai baju, kami terus mulakan permainan. Memang banyak permainan yang disediakan dan amat menyeronokkan.



Selepas hampir semua berdaftar, akhirnya bloggers diminta berkumpul untuk sesi bergambar untuk rekod Malaysia Genuineness Book Of Record sebagai The Biggest Blogger Gathering. Selesai bergambar, kami ke Mc Donald untuk sarapan pagi kerana pagi tadi belum sempat untuk bersarapan.


Selesai bersarapan, kami meneruskan aktiviti dengan bermain dengan misi mendapatkan seberapa banyak kupon points. Kemudian bloggers diminta berkumpul untuk majlis perasmian Gatsby Deodorant Street Fair oleh Pengarah Gatsby.



Selesai majlis perasmian, kami teruskan misi mendapatkan kupon. Apa yang menyeronokkan di Gatsby Deodorant Street Fair, semua permainan adalah menarik dan menyeronokkan. Ada yang mudah, sukar dan juga mencabar. Kami mengambil peluang untuk mencuba semua permainan yang disediakan. Malah terdapat beberapa kali permainan yang kami ulang untuk mendapatkan lebih banyak kupon.

Namun begitu, terdapat beberapa permainan yang tidak berjaya aku dapat kupon walaupun telah beberapa kali mencuba seperti 'pasang tayar kereta', 'snooker', 'crazy drive' dan 'ketuk kacang'. Permainan lain semua telah aku berjaya mendapat kupon.

Setelah beberapa lama, misi kami berjaya mengumpul hampir 50 keping kupon untuk pagi hingga ke tengah hari. Setelah kaunter penukaran kupon dibuka, kami terpaksa beratur panjang untuk menukarkan kupon tersebut dengan barangan Gatsby yang terdiri daripada pelbagai jenis barangan.


Pada tepat jam 2.30 petang, cabutan bertuah pun bermula. Sepuluh hadiah disediakan untuk cabutan bertuah yang pertaman tersebut. Antara hadiah yang menarik disediakan seperti Camera Canon, Portable Hardisc, Mini Player, Smartphone, Blackberry dan Laptop. Semasa memanggil nama pertama, pemenang tiada, kedua pun sama dan nama yang ketiga ialah aku! Aku adalah orang pertama bertuah pada fair tersebut dan menerima sebuah Mini Player. Majlis diteruskan cabutan bertuah 9 hadiah yang lain.

Selesai menukarkan kupon, kami terpaksa menyimpan barangan tersebut ke kereta. Kemudian kami ke food court untuk makan tengah hari dan berehat. Pada masa tersebut, baru kami terasa lenguh-lenguh pada kaki dan rasa lapar.

Selepas itu, kami hanya berehat dan menunggu untuk cabutan bertuah untuk kali kedua. Pada jam 5.30 petang, sepuluh lagi hadiah diberikan kepada peserta yang bertuah. Kami pulang pada jam 6.00 petang dengan kepenatan. Walaupun penat tetapi kami sangat seronok kerana dapat bermain, dapat tukar kupon dan menang cabutan bertuah.

Koleksi foto:
Previous
Next Post »

12 comments

Write comments
18 April, 2010 16:46 delete

tahniah dapat hadiah cabutan bertuah tu...
lupa plak nak snap2 pic ngan abg...
next time kita snap2 pic k...

Reply
avatar
sop
AUTHOR
18 April, 2010 22:13 delete

tahniah utk dD jugak menang hadiah cabutan lg besar..
nasib baik tak tertukar nama yek? sbb masa nak naik tu ada 2 org nama sama..
lain kali jumpa, kita snap yek!

Reply
avatar
khairilhusni
AUTHOR
19 April, 2010 13:31 delete

akhirnya jumpe jugak pic aku kt sini. thanks..

Reply
avatar
sop
AUTHOR
19 April, 2010 15:47 delete

yang mana satu gambar bro?
welcome

Reply
avatar
herumi
AUTHOR
19 April, 2010 15:48 delete

Salam.

Tahniah kepada semua pemenang-pemenang cabutan bertuah. Saya rasa cemburu dengan tuan/puan yang mendapat hadiah tersebut. Apapun itu rezki yang Allah bagi pada tuan/puan. Saya dapat baju dan beberapa barangan gatsby pun alhamdulillah dah...

Reply
avatar
sop
AUTHOR
19 April, 2010 16:01 delete

sapa yg dpt tu rezeki, herumi. mungkin nanti rezeki herumi pula. Tp yg penting, keseronokkan event tersebut melebihi dari hadiah. kalau ikut hati, mesti nak hadiah best, laptop ke, blackberry ker, PDA ker (hehehehe). mana yg dapat tu, sy bersyukur sangat. jgn sedih2 bro, RM 50 dikreaditkan lg ke akaun Nuffnang nanti

Reply
avatar
herumi
AUTHOR
19 April, 2010 16:09 delete

a'aa tu la, yang RM50 tu bila akan dikreditkan ekk?? lupa plak? sebab semalam saja cuba2 check nuffnang accout, tapi xmasuk lagi...

Reply
avatar
sop
AUTHOR
19 April, 2010 16:24 delete

biasa la, hari ni dorang baru kerja. mesti dorang semak dulu ari ni pengesahan kehadiran. tak ari ni, esok kot. masa makluman jemputan, dorang kata Isnin. tak kesah bila, janji dapat.. :)

Reply
avatar
Darkbatman
AUTHOR
20 April, 2010 02:40 delete

tahniah pada yang menang..aku sangat jeles..hehe

Reply
avatar
sop
AUTHOR
20 April, 2010 07:54 delete

terima kasih.. yg blom bertuah, mungkin bertuah pd masa akan dtg..

Reply
avatar
herumi
AUTHOR
20 April, 2010 15:39 delete

Salam. Mesej terbaru dari nuffnang, sape yang register in time sahaja yang akan dikreditkan RM50. Sebelum tu, ada sesape tau pendaftaran sepatutnya start kul brapa habis kul brapa?

Kalau kita tengok jemputan dari nuffnang hari tu, street fair nih start kul 10.00AM dan habis kul 5.00PM. Bagi sesapa yang register awal xdapat jugak la gamaknya ek?

Pendapat lain?

Thanks.

Reply
avatar
sop
AUTHOR
20 April, 2010 17:10 delete

kalau ikut pengumunan masa pendaftaran, bermula jam 10 pagi dan tamat 30 minit kemudian. tp masa tgk ari tu, jam 11 pun masih ramai register. tp masa 11 pg tu, dah mula sesi bergambar untuk record.
jam 10 pg - 5 petang adalah masa event.
kalau ikut logik, takkan yg dtg jam 5 pun boleh dikreadit RM50. tp masa jemputan, mmg Nuffnang minta dtg jam 10.00 pg.

Reply
avatar