27 April 2010

Blog mengemas rumah oleh Dahlia


Aku tertarik dengan blog Mengemas Rumah yang dibina oleh saudari Dahlia yang memberi tips dan panduan tentang mengemas rumah. Mungkin bagi kita, ia perkara mudah dan tidak perlu mendapat tips atau ilmu mengenainya.

Sebenarnya dengan tips-tips yang membina seperti beliau tulis, ia membantu kita menyiapkan kerja-kerja rumah lebih efisyen. Kepada bakal-bakal mendirikan rumah tangga, blog ini harus dilawati untuk mendapat panduan yang berkaitan.

Dikala ini, berapa ramai isteri atau suami yang suka mengemas rumah? Berapa ramai yang mengupah pekerja asing untuk mengemas rumah? Alasan utama ialah penat atau sibuk dengan tugasan lain. Sekiranya kita mempunyai panduan yang berkaitan, pasti tiada masalah untuk mengemas rumah dan juga rumah kita lebih menarik.

Beliau menulis tips berdasarkan pengalaman harian beliau. Mana yang baik boleh kita jadikan panduan dan penambahbaikan dalam kehidupan seharian kita.

Jom jenguk blog beliau di http://mengemasrumah.blogspot.com/.


EmoticonEmoticon