12 April 2010

Beli pouch beg dari Bro Hairy

Minggu lepas aku menambah aksesori penunggang dengan mendapatkan pouch beg dari bro Hairy. Dimana aku jumpa bri Hairy? Seperti biasa, pakcik mudah.my yang memperkenalkan aku.

Apa yang menarik dengan bro Hairy ialah perkhidmatan yang diberikan secara bersungguh-sungguh. Pada awalnya beliau tidak membawa stok beg tersebut ke tempat kerja. Temujanji dibuat dengan berjanji beliau akan membuat penghantaran pouch beg tersebut pada waktu malam kerana perlu mengambil stok tersebut di rumah. Seperti yang dijanjikan, beliau menghantar pouch beg yang aku tempah. Walaupun baru kembali dari tempat kerja,  beliau sanggup pulang dari KL ke Subang dan kembali ke KL untuk membuat penghantaran. Sekiranya dilihat kepada keuntungan, mungkin ia tidak berbaloi tetapi sikap beliau amat dipuji untuk memastikan perkhidmatan terbaik tidak kira ia hanya kerja sampingan sahaja.


Pouch beg tersebut bukanlah original dan harga hanya RM 60 sahaja. Ia adalah termurah dipasaran yang sewaktu dengannya. Harga biasa adalah dalam lingkungan RM 80 - RM 120. Namun begitu, harga original adalah RM 250. Pouch yang dibekalkan oleh Bro Hairy adalah baik dan sangat berkualiti walaupun bukan barangan original.

Untuk maklumat lanjut tentang barangan yang aku ceritakan, sila rujuk web mudah.my di link berikut:
http://www.mudah.my/Motorsports-Pouch-Bag-5611498.htm


EmoticonEmoticon