Adalah penting melawat blog orang lain untuk traffic

Adakah anda pembaca blog rakan lain?
Sekiranya ya, adakah anda pemberi komen yang aktif?

Adalah penting anda meninggalkan jejak anda ke blog-blog yang anda lawati. Ia memberi sumber backlink kepada blog anda dan menbawa kepada penambahan jumlah traffic blog anda. Sekiranya anda meninggalkan komen, pastikan juga komen tersebut membina dan menarik. Dengan cara ini, pemilik blog akan melawat kembali ke blog anda dan juga meninggalkan komen yang berkaitan.

Begitu juga dengan pelawat yang lain, jika pembaca didapati komen anda sangat baik, pasti ada yang akan sudi melawat blog anda.

Kebanyakan blogger juga suka meninggalkan jejak di ruangan shoutbox atau mesej ringkas kerana ia lebih mudah dan cepat. Pastikan anda sentiasa membalas mesej ringkas tersebut sebagai menghargai kehadirannya ke blog anda. Sila lawati juga blog rakan yang meninggalkan jejak kerana itu adalah tujuan utamanya. Dengan kerjasama begini, blogger akan saling menziarah dan menziarahi antara satu sama lain. Aku tertarik dengan post cik ellis, yang sanggup menyediakan jadual untuk melawat blog-blog rakannya. Dengan adanya jadual ini, beliau mempunyai ruang dan masa yang mencukupi untuk melawat blog rakan-rakan. Tahniah kepada cik ellis atas usaha beliau. Jika aku, mungkin tidak mampu berbuat demikian. Kebiasaannya, aku melawat blog secara rawak dan tidak mengikut masa. Ia bergantung kepada kelapangan masa dan juga mood.

Apa-apa pun, happy blog walking. Sambil-sambil ziarah tu, tinggal-tinggalkan komen yang membina yek!

Terima kasih daun keladi, ada masa datang lagi...
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Wawa~*
AUTHOR
29 April, 2010 08:46 delete

stuju! penting utk blogger reply comments kat web sendiri dan later ziarah commenter punya blog bila berkesempatan... iye lah kan, mcm org datang umah kita, skurang2nya kna dilayan tetamu tu.. hehe..

Reply
avatar
sop
AUTHOR
29 April, 2010 09:28 delete

Mari kita sama-sama negeratkan hubungan silatulrahim antara bloggers!!
Terima kasih Wawa.. suka dengan istilah layan tetamu.. kalau boleh, tetamu datang, sedia-sediakan air dan kuih yek.. :d

Reply
avatar
jessica brown
AUTHOR
09 November, 2016 06:12 delete

Adakah anda memerlukan pinjaman sebenar? Adakah anda pernah ditolak oleh mana-mana institusi, bank-bank kewangan dan syarikat kewangan yang lain? Jika ya, bimbang lagi kerana @ JESSICABROWNFINANCEFIRM kami adalah syarikat kewangan berpengalaman yang memberikan pinjaman mudah percuma kepada individu yang tulen dan serius, syarikat-syarikat, syarikat-syarikat korporat dan orang ramai pada kadar faedah 2%. Kami mempunyai akses ke kolam tunai untuk memberi kepada Sme dan mereka yang mempunyai rancangan untuk memulakan perniagaan tidak kira betapa kecil. Tetap yakin kesejahteraan dan keselesaan anda sahaja yang kami berada di sini untuk pastikan. Dapatkan berhubung dengan kami perkhidmatan pelanggan @ email: jessicabrownfinancefirm@gmail.com untuk maklum balas yang cepat dan pantas ......
 
                                    PEMOHON DATA DIPERLUKAN
 
 
1. Nama
2. Negara
3. Alamat
4. Jantina
5. Pekerjaan
6. Jawatan di tempat kerja
7. pendapatan bulanan
8. Jumlah yang diperlukan
Tempoh 9. Pinjaman
10. Agama
11. Adakah anda memohon sebelum dan telah menolak? Jika ya
12. Nyatakan sebab ..........................................
......................................................... ...
......................................................... ...
............................................................
......................................................... ...
 
 
 
Seseorang sedang menunggu untuk bercakap dengan anda

Reply
avatar