15 April 2010

Adakah anda penagih blog?

Anda boleh dikategorikan sebagai penagih blog sekiranya anda memiliki ciri-ciri berikut:
- anda menulis atau membaca blog sehingga lewat malam
- anda menulis atau membaca blog lebih dari 3 jam sehari
- anda menulis atau membaca blog di pejabat dan juga rumah atau di mana sahaja
- anda lebih mementingkan menulis atau membaca blog dari makan, mandi, tidur atau aktiviti lain
- hidup anda terasa kosong jika anda tidak menulis atau membaca blog
- setiap masa anda hanya memikirkan tentang blog
- anda akan hilang arah sekiranya blog anda tidak boleh dibuka


Terdapat beberapa jenis penulis blog di internet dan di antaranya penulis blog profesional yang mana blog adalah kerjaya utama. Terdapat juga penulis blog secara suka-suka. Penulis ini hanya menulis untuk kepuasan diri sahaja. Terdapat juga penulis untuk suka-suka dan dalam masa yang sama cuba mendapat pendapatan sampingan.

Tidak kira dimana kategori anda sebagai blogger, yang paling penting tetapkan matlamat dan jadi penulis blog yang berhemah. Sekiranya anda ingin menjadi penulis blog sebagai kerjaya, pastikan anda berusaha untuk berjaya.

Aku sebagai blogger hanya untuk suka-suka dan dalam masa yang sama cuba untuk mendapat pendapatan sampingan. Kebanyakan blogger masa akan cuba mendapat pendapatan sampingan disamping menulis blog kerana ia adalah pendapatan pasif. Terdapat banyak syarikat pengikalanan internet yang menyediakan kemudahan pengiklanan kepada blogger. Pendapatan yang diterima adalah berdasarkan usaha anda.

Bagaimana untuk hilangkan penyakit penagih blog ini?
Sebenarnya penagih blog tidak perlu dirawat kerana ia boleh diatasi dengan menetapkan matlamat dalam dunia blog dan bina disiplin diri. Bina jadual ringkas untuk membaca dan menulis blog. Sekiranya penulis blog sepenuh masa, tetapkan masa bekerja anda seperti mencari bahan dan masa penulisan.


EmoticonEmoticon