Tinggalkan Perkara Yang Meragukan

Hadith :

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:

“Tinggalkan apa yang membimbangkan kamu kepada apa yang tidak membimbangkan kamu”

Hadith ini Hadith Hasan soheh yang bermakna: “Tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu”.
 
Riwayat At-Tarmizi

Huraian

1. Nabi melarang umatnya dari melakukan atau melibatkan diri dalam sesuatu perkara yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram.

2. Melakukan perkara-perkara yang diragui boleh menyebabkan seseorang itu tercebur ke kancah dosa.

3. Banyak perkara yang membimbangkan dan meragukan didalam dunia ini, oleh itu jauhilah atau tinggalkanlah perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah yang merugikan, dan pilihlah perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan kebajikan demi kebahagian dunia dan akhirat..


Sumber: emel
Previous
Next Post »