Modem broadband murah!

Modem U Mobile aku dah rosak! Terpaksa aku beli modem baru. Cari punya cari di mudah.my, akhirnya dapat seller dari Shah Alam. Sebelum itu, aku telah cuba cari sekitar Kuala Lumpur tetapi semua tidak boleh, ada yang outstation, tiada stok, petang baru boleh COD dan lain-lain.

Aku cuba juga 'usha' harga di Lowyat dan harga dalam lingkungan RM 200 - RM 250. Jauh berbeza dengan harga jualan di mudah.my yang boleh didapati dalam lingkungan harga RM 150 - RM 200 sahaja. Apa yang perlu hanya cuba call atau SMS seller tentang stok atau sebagainya.

Tadi masa lunch time, aku lari ke Shah Alam sekejab setelah comfirm stok dengan seller Hafiz. Rupanya beliau masih belajar di UITM. Bagusnya beliau kerana pandai cari duit sampingan.

Setelah balik opis, aku telah mencuba modem tersebut dan ia berfungsi dengan baik. Aku boleh kembali online!

Previous
Next Post »