Membeli aksesori penunggang motosikal

Setelah membeli motor, anda pasti akan cuba melengkapkan aksesori penunggang. Ia bukan sahaja untuk kepuasan diri tetapi paling penting adalah untuk keselamatan.

Adalah penting untuk anda membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Ini kerana terdapat banyak kedai aksesori untuk motosikal dan harganya adalah sangat berbeza. Dengan membuat perbandingan, anda boleh mendapatkan aksesori dengan harga yang terbaik.


Namun begitu, sekiranya anda membuat pembelian internet, harga didapati lebih murah. Ini kerana ramai peniaga yang membuat promosi menggunakan internet dan malah terdapat yang tidak mempunyai kedai fizikal tetapi kedai secara online sepenuhnya. Dengan menjalankan perniagaan online, kos operasi sangat murah dan harga barang boleh diminimunkan.

Sebelum ini, aku pernah membeli barang motor di kedai Pertama Kompleks. Namun begitu, harga cukup berbeza apabila aku membuat perbezaan di internet. Contohnya skull cap yang aku beli ialah RM 75.  Setelah memantau harga dimudah, didapati ada kedai yang hanya menjual RM40 sahaja. Yang terbaru aku jumpa di laman SBM ialah hanya RM18 termasuk kos pos. Bayangkan berapa banyak perbezaan harga.

Namun begitu, harus diingatkan bahawa terdapat beberapa kelemahan membuat pembelian internet. Antara kelemahan pembelian internet ialah:
- tidak dapat mencuba terlebih dahalu
- barang di gambar berbeza dengan barang sebenar
- terdapat penipuan internet
- saiz yang tidak sesuai

Oleh itu, berikut beberapa tips untuk membuat pembelian internet:
- Pastikan peniaga mempunyai rekod yang baik berdasarkan komen atau rating
- Gambar yang dipaparkan adalah barang sebenar
- Utamakan "Cash on delivery"
- Semak saiz atau ukuran anda sebelum membuat pembelian
- Dapatkan detail penjual

Antara tempat aku dapatkan aksesori dari internet ialah www.mudah.my, www.lelong.my, www.superbikemalaysia.com dan lain-lain lagi
Previous
Next Post »